SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLAdHa...

Assalamualaikum buat semua pembaca yang beragama Islam…
Alhamdulillah… setelah berlalunya Ramadhan, Syawal dan Zulkaedah; kita masih lagi bernyawa dan bernafas untuk menyambut Zulhijjah – Bulan terakhir dalam kalendar Islam, antara bulan terpenting dan yang memberi seribu makna terutamanya buat mereka yang menunaikan ibadah haji – rukun kelima yang melengkapkan diri kita sebagai umat islam.
Sempena dengan Aidiladha yang bakal menjelma dalam masa beberapa hari saja lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh pelusok dunia.
Semoga segala usaha dan pengorbanan kita selama ini memberi manfaat buat diri, keluarga, bangsa dan agama. Semoga memperolehi keberkatanNya dan senantiasa mendapat yang terbaik, dunia maupun akhirat. Amin…

Akhir ucapan terima lah pntun saya ni.....



BILA KAMBING DAH MULA RESAH,

LEMBU PURA-PURA GELISAH

AYAM JER NAMPAK COOL,

ITU TANDANYA HARI RAYA KORBAN DAH NK DEKAT

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLAdHa...


HUHUHU TAH PAE JER SAYA NYE PANTUN KAN....

Add caption

No comments:

Post a Comment